About

Assalamualaikum…

Selamat datang ke blog DailyBAKE dan ribuan terima kasih atas kunjungan tuan-tuan sekalian. Tujuan blog ini dihasilkan adalah untuk berkongsi resepi masakan, penghasilan roti, kek dan aneka pastri disamping tips-tips keselamatan makanan.

Saya Mohamad Ritzuwan Syde b. Rosmada. Seorang usahawan dalam bidang ‘bakery‘ dan juga merupakan seorang ‘Certified Food Handler Trainer‘ oleh Kementerian Kesihatan Malaysia. Dibesarkan dalam keluarga yang menjalankan perniagaan roti dan kek, secara tidak langsung menimbul minat yang mendalam dalam ‘baking‘.

Selepas tamat matrikulasi (sains biologi), saya tekad untuk meneruskan pengajian dalam bidang teknologi makanan selama 4 tahun. Satu bidang pengajian yang melibatkan semua aspek sains makanan, termasuk pengeluaran, pemprosesan dan pengedaran.

16730653_1626855363995992_9134167671688076651_n

 

Segala pandangan tuan-tuan untuk penambahbaikkan blog ini boleh lah disalurkan kepada saya di ritzsyde@gmail.com .

Terima kasih lagi sekali dan diharapan segala perkongsian di dalam blog ini akan memberi manfaat kepada semua. ENJOY!

Advertisements