Tapak Pizza

Assalamualaikum…Apa khabar semua?

Minggu ni lambat saya update di blog sebab agak ‘busy’ dengan Kursus Latihan Pengendali Makanan. Saya jalankan kursus di Langkawi dan juga perlis. Alhamdulillah, seronok berkongsi maklumat dan juga tips keselamatan makanan dengan para peserta.

 

Dalam post tandoori chicken pizza, saya janji nak kongsikan resepi penghasilan tapak pizza kan? Jadi, hari ni saya tunaikan janji saya.

 

Untuk menghasilkan pizza yang baik, perlu ada tapak pizza yang bagus, sos yang sedap, dan topping yang lazat. Baaaaanyak percubaan yang saya buat untuk penghasilan tapak pizza. Ini antara resepi yang terbaik. Rugi tak cuba tau….

 

Pernah saya letak italian herb dalam doh pizza, ada sekali saya gantikan gula kasar kepada gula perang. Tapi untuk kali ni, saya masukkan ‘garlic powder’ ke dalam formulasi.

 

Tapak pizza kali ni dalam kategori american pizza, agak tebal berbanding italian pizza yang nipis.Banyak perbezaan antara american pizza dan italian pizza. Dari segi crust pizza (tapak pizza), sos dan topping.

TAPAK PIZZA

200 g   tepung gandum

2.8 g    garam

20 g     gula

3 g        yis

24 g      butter/ mentega

12 g       tepung susu

2 g         improver

2 g         garlic powder

120 g     air

FullSizeRender (3).jpg

 

CARA-CARA

  1. Gaul tepung gandum, tepung susu, garam, gula, yis, improver dan garlic powder di dalam mixer.
  2. Masukkan butter dan air, gaul sehingga menjadi doh. (lebih kurang 10-15 minit, bergantung kepada jenis mixer)

IMG_4097

3.  Lumur doh dengan minyak/ tepung dan rehatkan doh untuk mengembang kepada             ‘double size’.

IMG_4099.JPG

4. Bahagikan doh kepada 2 bahagian. (untuk formulasi ni, berat setiap doh adalah                 200g untuk loyang 10 inci)

*[Doh faktor = 0.088] digunakan untuk mengira berat doh yang perlu ditimbang bagi          setiap saiz tapak. Misalnya untuk menghasilkan 10 inci tapak pizza, formula (pi x R            squared) digunakan untuk mengira luas permukaan tapak. pi = 3.14 dan R adalah              separuh daripada diameter tapak. Jadi untuk tapak pizza 10 inci, pengiraannya                  adalah : 3.14 x 25 = 78.5 square inch. 78.5 square inch perlu didarabkan dengan doh          faktor, iaitu 0.088 x 78.5 = 6.9 ounce/ 195.6 g doh yang diperlukan.

5. Gelek doh

6. Rehatkan doh selama 1 jam, (biar doh mengembang)

7. Bakar pada suhu 150C selama 10 minit.

FullSizeRender (4).jpg

8. Tapak pizza sudah siap dan boleh hias dengan topping kesukaan anda!

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s