Sardin Roll Pengikat Kasih

Assalamualaikum…

Nama resepi hari ni pun dan semacam kan?

Haaaa… ni antara ‘snacking’ kegemaran saya. Selalunya saya mintak wife buatkan untuk sarapan atau minum petang. Simple tetapi sangat singnifikan untuk saya.

Jadi semalam, saya mintak wife buatkan sardin roll. Dah alang-alang dia buat, saya bagitau apa kata kita kongsikan resepi ni. Boleh jugak buat rujukan untuk anak-anak bila besar nanti. Godek-godek blog dailybake ni untuk cari resepi kegemaran abi dorank.

Bila tengok wife siapkan bahan, saya tanya berapa berat bahan-bahan ni umi? dia cakap, alaaaaa, tak timbang pun, semua ‘agak-agak’. Familiar kan ayat ni? kalau kita belajar masak dengan mak-mak, selalu keluar ayat ni. ‘AGAK-AGAK’.

Tapi untuk peniaga, semua resepi perlu di timbang dan disukat.

KENAPA?

Yang pertama adalah untuk menjaga kualiti dan rasa. Tak la hari ni sedap, esok tak sedap. Bila pekerja bertukar-tukar, rasa masakan tetap sama sebab semua bahan ditimbang dan disukat sama.

Yang kedua, senang untuk pengiraan kos makanan!

OK! Kita terus dengan bahan-bahan ( ‘AGAK-AGAK’ )

SARDIN ROLL

BAHAN-BAHAN

12 keping    Roti sandwich

1 tin (kecil)  Sardin

1/2 batang   Lobak merah (potong dadu)

1/2 biji          Bawang Holland (potong dadu)

1 biji              Bawang besar (potong halus)

1 biji              Buah tomato (potong dadu)

3 ulas             Bawang putih (hiris nipis)

1 batang        Cili hidup (potong serong)

2 biji               Telur

Gula dan garam secukup rasa

Sedikit sos tomato dan cili

Minyak untuk menumis

IMG_3893.JPG

INTI SARDIN

1. Panaskan minyak di kuali.

2. Tumiskan bawang merah, bawang holland dan bawang putih sehingga naik bau.

3. Masukkan lobak merah dan masak sehingga lembut

4. Masukkan sardin

5. Masukkan cili dan tomato. Kacau sebentar.

6. Masukkan sos tomato dan cili.

7. Tambahkan perasa (gula & garam)

 

CARA-CARA

FullSizeRender.jpg

1 Gelek roti sehingga leper.

2. Letakkan inti di hujung dan mula mengulung.

IMG_0254.jpg

3. Apabila kuali panas dan sedia untuk di ‘grill’, Celupkan roti dengan telur dan goreng.

 

SELAMAT MENCUBA!

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s