Portuguese Egg Tart

Assalamualaikum…

Pejam celik sudah sebulan kita menyambut bulan syawal dan blog dailyBAKE pun sudah hampir sebulan usianya.

Selamat datang kembali dan hari ni, saya nak kongsikan satu resepi yang mudah dan menjadi trend di kalangan pembeli mahupun pemain industri bakeri.

Kita terbang ke negara Portugal, sebabnya resepi kita hari ni adalah…

PORTUGUESE EGG TART

Merupakan custard pastry tradisi negara Portugal dan juga dikenali sebagai Pastel de nata. Penggunaan puff pastry dan penghasilan inti custard adalah apa yang akan dikongsikan hari ni.

Untuk puff pastry, saya sudah buat ‘stock’ awal untuk jualan di outlet-outlet Saleha Bakery. InsyaAllah kalau ada kelapangan, saya akan buat step by step cara untuk penghasilan puff pastry. Tapi untuk kali ni, tuan-tuan boleh gunakan puff pastry yang sedia ada di pasaran.

IMG_3649.JPG

BAHAN-BAHAN ( 18 biji )

9 keping puff pastry ( 4 x 4 )

INTI CUSTARD

500 ml susu segar (dutch lady)

100 ml whipping cream (35% fat)

100 g gula kastor

4 biji kuning telur

2 tbp tepung jagung / corn starch

3 tsp esen vanilla

 

CARA-CARA

INTI CUSTARD

IMG_3655

  1. Masukkan semua bahan kedalam periuk kecuali esen vanilla.
  2. Kacau mengunakan wire whisks pada suhu sederhana.

IMG_3660     3. Selepas semua bahan sudah sebati, kacau dengan spatula sehingga nampak likat.           (3-5 minit)

        (TIP: kelikatan custard boleh dilihat pada dinding periuk atau spatula.Tidak cair

1   4. Apabila sudah likat, padamkan api dan masukkan esen vanilla.Kacau sehingga                  sebati. Masukkan custard ke dalam jar.

 

TAPAK PASTRY

  1. Canaikan puff pastry dan gulung sehingga menjadi bentuk rod. Pastry sheets perlu di sambung-sambung ketika proses gulung untuk menghasilkan gelungan yang tebal. (disebabkan kita guna pastry sheets saiz 4×4).
  2. Balut gelungan pastry dengan plastik wrap dan masukkan kedalam peti sejuk seketika (15-30 minit).

3. Apabila sudah sejuk, keluarkan dan potong kepada 6 bahagian

IMG_3701

4. Taburkan sedikit tepung dan gelek puff pastry menjadi bentuk bulat.

IMG_3703

5. Masukkan kedalam acuan muffin. (saya guna saiz 25.2 x 17 x 3.6 cm)

IMG_3708

6. Tuang adunan custard kedalam acuan.

7. Bakar pada suhu 250 C selama 22 minit. (suhu tinggi supaya permukaan custard                 nampak ada ‘brown spots’)

IMG_3711.JPG

      SELAMAT MENCUBA!

 

 

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s