Apa Khabar Papan Pemotong?

[Tip Makanan Bersih dan Selamat] – Asingkan papan pemotong untuk makanan mentah dan yang telah dimasak. Ini penting untuk mengelak berlakunya pencemaran silang.

Apa tu PENCEMARAN SILANG?

Pencemaran silang adalah satu proses di mana bakteria berbahaya atau mikroorganisma lain secara tidak sengaja dipindahkan dari satu tempat/objek/bahan ke satu tempat/objek/bahan yang lain. (dari bahan mentah ke makanan yang sedia untuk dimakan).

Sangat penting sebagai tukang masak atau orang yang mengendalikan makanan tau berkaitan dengan pencemaran silang kerana ia merupakan salah satu faktor atau punca utama berlakunya keracunan makanan.

Dibawah ni ada panduan pengunaan papan pemotong berpandukan warna untuk asingkan bahan mentah.

IMG_3552.JPG

Selalu juga saya ditanya oleh para peserta kursus pengendalian makanan yang saya jalankan, kalau kami tak ada semua warna ni tak boleh ke en wan?

Boleh, pengunaan warna hanyalah sebagai panduan untuk mengasingkan bahan-bahan mentah supaya tidak bercampur untuk mengelak daripada pencemaran silang.

Tetapi ada beberapa tip yang boleh diamalkan.

1: potong sayur-sayuran dan buah-buahan dahulu.

2: basuh papan pemotong sehingga bersih.

3: baru mula potong bahan basah seperti daging, ayam dan sebagainya.

selamat beramal 😊

IMG_3549

Kredit gambar dari bahagian keselamatan dan kualiti makanan KKM

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s