Tandoori Chicken Pizza

Assalamualaikum dan apa khabar?

Resepi yang saya nak kongsikan hari ni merupakan Asian-italian fusion! Ayam tandoori dan pizza.

Perancangan asalnya, menu bagi minggu ni adalah classified chicken pizza (ala dominos). Tetiba teringin nak buat ayam tandoori, terus tukar menu. InsyaAllah, classified chicken pizza akan masuk dalam waiting list untuk minggu-minggu seterusnya.

Pizza!!! Antara menu kegemaran saya dan sudah banyak percubaan yang telah di buat untuk menghasilkan pizza yang baik. Tetapi untuk post kali ini, saya gunakan crust pizza yang sudah siap dari Mission Foods Malaysia. Manala taukan, kot-kot boleh jadi duta dorank suatu hari nanti (berangan) =P . Tapi jangan risau, next post berkaitan pizza, akan saya kongsikan resepi tapak pizza yang lembut dan sedap.

IMG_3451.JPG

 

Tapak pizza yang nipis dan rangup sudah semestinya menjadi kegilaan pencinta pizza di luar sana.

Ok, kita terus ke resepi :

CHICKEN TANDOORI PIZZA

BAHAN-BAHAN

1 keping Mission Plain Pizza Crust

100 g ayam tandoori (resepi di bawah dan boleh disimpan)

50 g smoke chicken slice (dipotong dadu)

2 tbsp sos tomato (resepi di bawah dan boleh disimpan)

100 g keju mozzarella, shredded + 50 g keju cheddar, shredded + 1 tbp keju parmesan (saya pakai brand perfect italiano)

1/2 biji bawang merah (untuk hiasan)

2 tbsp cili bengala hijau (dipotong dadu)

*tbsp = sudu besar

 

SOS TOMATO

1 cup buah tomato (kisar halus)

2 cups puree tomato

4 tsp gula

1 tsp minyak sayuran

3/4 tsp garam

1/4 tsp serbuk lada hitam

1/4 tsp serbuk bawang putih

1/4 tsp basil kering

1/4 tsp oregano

1/8 tsp serbuk lada cayenne

*tsp = sudu teh

 

AYAM TANDOORI

4 keping dada ayam

1 tbsp garam masala

1 tbsp serbuk ketumbar

1 tbsp serbuk kunyit

1 tbsp serbuk jintan manis

1 tbsp serbuk paprika

1 tbsp serbuk lada cayenne

1 1/2 tbsp minyak sayuran

1 tsp garam

30 g jus lemon

30 g halia (dicincang)

4 biji bawang putih (dicincang)

1 cup yogurt

 

CARA-CARA

SOS TOMATO – Kisar buah tomato mengunakan mesin pengisar sehingga halus. Campurkan kesemua bahan-bahan lain ke dalam kuali dan panaskan pada suhu yang sederhana. Apabila campuran sudah mendidih, rendahkan suhu dan reneh sehingga 1 jam.

AYAM TANDOORI – Panaskan kuali dan masukkan garam masala, serbuk ketumbar, serbuk kunyit, serbuk jintan manis, serbuk paprika dan serbuk lada cayenne bersama minyak sayuran. Masak sehingga bau wangi dan biarkan sejuk seketika.

Gaulkan yogurt, garam, halia dan bawang putih bersama campuran rempah yang telah di masak tadi. *BAHAN PERAPAN

Kepingan ayam di gaul bersama bahan perapan dan di perap semalam.

Ayam perapan di ‘grill’ dalam kuali selama 2-3 minit sehingga masak. Untuk kesan asap yang memberi bau pada ayam, saya gunakan bara api seperti gambar di bawah. tutup kuali selama 10 minit untuk kesan yang menakjubkan!

IMG_3440.JPG

HIAS PIZZA – Isi ayam dipotong dadu.

Mission plain pizza crust diletak di atas dulang pembakar. Sapukan sos tomato sama rata.

Taburkan campuran keju mozzarella, cheddar dan parmesan ke atas tapak pizza. Selepas itu, taburkan cili bengala, isi ayam tandoori, smoke chicken slice, dan hirisan bawang merah.

Panaskan oven pada suhu 180 C (selama 10-15 minit), sehingga keju cair. Boleh dihias bersama sour cream.
*sour cream – gaul 50 g mayonis + 5 g jus lemon + 1 tsp daun ketumbar ( dipotong halus)

Selamat mencuba!

IMG_3449.JPG

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s