Spaghetti Aglio E Olio

on

Assalamualaikum…

Antara menu popular sekarang di Malaysia adalah pasta. Anak saya yang baru berumur 2 tahun 6 bulan juga tidak terkecuali. Pandai pulak tu sebut spaghetti dengan macaroni.

 

Hari ni saya nak kongsikan resepi spaghetti aglio olio. Terima kasih kepada Chef Amer Hamzah untuk resepi yang boleh saya katakan 5 bintang. Tahun lepas semasa rumah terbuka family mertua, saya buatkan spaghetti aglio olio ni dan sampai hari ni, ramai yang masih teringat dek penangan Aglio E Olio.

 

Bahan yang ‘simple’ tetapi rasa yang ‘awesome’. Spaghetti Aglio olio adalah spaghetti bersama bawang putih dan minyak. Merupakan masakan tradisional pasta dari Italy.

IMG_3193

BAHAN-BAHAN ( 6 ORANG )

350 g  spaghetti – rebus sehingga lembut (10-15 minit, brand san remo)

6 sudu minyak zaitun

4 sudu mentega

14 biji bawang putih – dihiris

1 1/2 tbp oregano

6 biji cili padi

3 tbp serbuk pati ayam

garam secukup rasa

2 tsp chili flakes

100 g breakfast beef strips

16 ekor Udang –  di masak bersama mentega

1 keping fillet ikan ( dipotong dadu ) – di masak bersama mentega

2 tbp parsley segar

70 g carrot, 70 g leek, 70 g celery di cincang dan dicampur sekali.

 

CARA-CARA

Rebus spagetti didalam air yang bercampur dengan garam. Rebus sehingga lembut.

Panaskan kuali dan masukkan mentega bersama udang dan fillet ikan. Apabila udang dan ikan nampak masak, angkat dan toskan.

Tumis bawang putih, breakfast beef strips, cili padi bersama minyak dan mentega yang dipanaskan. Apabila nampak garing, masukkan oregano dan kacau sebati.

Masukkan spagetti yang telah direbus dan kacau sebentar.

Masukkan campuran carrot, celery dan leek ke dalam kuali.

Masukkan chilli flakes, pati ayam, dan daun parsley. Kacau sebati.

Hidangkan spagetti di atas pinggan bersama udang dan fillet ikan.

Selamat menjamu selera!

 

 

 

Advertisements

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s