Mushroom Soup Berkrim

Assalamualaikum…

Hari ni saya nak kongsikan satu ‘Appetizer’ yang mudah dan senang. Cara penyediaan tidak susah dan saya sangat berpuas hati dengan rasanya.

Untuk pasangan yang baru berkahwin, boleh cuba resepi ni untuk pikat hati mertua. Sebabnya, ‘appetizer’ ni disukai semua lapisan umur, kanak-kanak mahupun orang dewasa.

Orang tua-tua kata, nak pikat hati pasangan atau mertua, pikat dari masakan kita. Setuju tak?

IMG_3139.JPG

MUSHROOM SOUP BERKRIM

1000 ml air

500 ml susu segar – fresh milk

1 keping dada ayam – potong kiub

1 ulas bawang holland – dicincang halus

2 ketul kiub ayam

150 g cendawan butang – dihiris

150 g cendawan shitake – dihiris

70 g tepung gandum dicampurkan dengan 100 g air

5 g perasa makanan – maggi cukup rasa

garam – secukup rasa

CARA-CARA

Masukkan mentega dan bawang holland untuk menumis.

Masukkan air dan ayam ke dalam periuk. Rebus sehingga masak.

Bila air mula mendidih, masukkan susu segar dan kiub ayam.

Bancuhan air dan tepung dimasukkan ke dalam periuk apabila susu sudah nampak mendidih.

Masukkan cendawan ke dalam periuk.

Kacau sehingga pekat dan tambah perasa makanan dan garam.

Hidang dan ENJOY!

mushroom soup final

 

 

One Comment Add yours

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s